Sunday, December 25, 2016

PERSEDIAAN IBU BERHENTI KERJA






"Utamakan yang utama, kelak pasti Allah utamakan kita" Pesan Puan Khairunnisa Hamzah.

Bukan mudah sebenarnya untuk seorang ibu membuat keputusan yang besar dalam hidup mereka. Samada memilih untuk bekerjaya atau pun menjadi surirumah. Hanya kerana anak, ibu keluar bekerja dan hanya kerana anak juga ibu² berhenti kerja yang disukai, tinggalkan jaminan gaji bulanan, tinggalkan gaya hidup yang mewah.

Ibu yang dah pernah bekerjaya, kemudian jadi WAHM @ surirumah sepenuh masa. Ia bukan dilema yang punya penyelesaian sehari dua.
.
Bila dikatakan nak jadi kuat mcm ummi abang, ummi abang sebenarnya taklah sekuat mana. Walaupun dah masuk 2 tahun menjadi suri rumah, namun setiap hari kita masih berperang dengan semuanya termasuk emosi sendiri dan masih mencari kekuatan dengan pelbagai cara.
.
As newbie, ummi abang hanya boleh advice (nasihat utk diri juga);
.
8 NASIHAT UNTUK YANG BARU MENJADI SEORANG SURI RUMAH DAN WAHM

+ Pedulikan kata orang, kerana inilah masanya kita sedar yg kita sebenarnya bekerja dgn DIA yang memiliki segalanya.



+ Panjatkan kesyukuran, kerana DIA berikan rezeki untuk sentiasa boleh lihat wajah anak setiap hari di saat org lain terpaksa rindukan anak setiap hari



+ Yakin ini rezeki anak untuk ibunya sentiasa bersama mereka. Ingat kita tidak tahu bila nikmat ini akan di 'tarik balik' jika kita tak hargainya

+ Jika kita tak biasa dgn rutin 'bekerja sendiri', cuba buat jadual atau target harian yang ingin di capai. Bagi yg tak boleh ikut jadual macam ummi abang ni (dominan otak kanan), cukup list kan 'things to-do'

+ Ini adalah peluang mendekatkan lagi diri kepadaNYA. Jika dulu tak de masa nak baca quran, solat sunat dan dengar kuliah, maka inilah masanya. Bagi yang boleh follow jadual (otak dominan kiri), boleh beli je planner² muslimah di pasaran yg ada chekclist amalan.



+ Masih rasa down? Masuklah dalam group² atau chatting dgn kawan² yang mempunyai kondisi yg sama. Jangan share dgn org yang tak pernah jadi surirumah atau bekerja dari rumah, ia hanya akan menambah down anda. Mereka mungkin faham, tapi tak cukup merasakan. Ibarat jika kita beritahu orang yang sakitnya contraction, hanya orang yang pernah rasa je betul² tahu, susah nak gambarkan sakit tu bagaimana sbb kadang lepas bersalin kita sendiri pun terlupa sbb gembira kan :)

+ Pastikan diri di kelilingi yang positif² saja. Jika perlu unfriend yang negative, unfriend sahaja. Jika perlu hadir seminar motivasi, kumpul duit dan pergi cari ilmu. Jika tak mampu juga, boleh beli buku atau pinjam buku.



+ Ingat, pekerjaan sebagai ibu ini tidak pernah hina, setiap orang ada sebabnya tersendiri kenapa mereka bekerja atau tidak. Yang 'hina' itu adalah yang suka 'judge' orang dan memandang rendah kepada orang lain.

Wallahu'alam

"Anak² tak selamanya kecil, hargai saat indah bersama"- Fiza Rafi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...