Ibu dan ayah mana yang tidak sayang anak kan?
Begitu juga anak mana yang tidak sayangkan ibu dan ayahnya kan!.
Namun tidak dapat dinafikan kita seringkali terjumpa anak yang nampaknya macam 'kurang' sayang ibu dan ayahnya. Mereka meninggikan suara, acuh tak acuh apabila bercakap dengan ibu ayah dan ada juga sampai membentak dan memberontak depan ibu ayah. Benci sangat ke mereka pada ibu dan ayah mereka? Atau jika mereka nakkan perhatian, tidak ada cara lainkah nak raih perhatian? Mengapa ini seringkali berlaku apabila anak sudah meningkat 'dewasa' ya?
Bagi anak yang masih kecil pula, kadangkala kita keliru dengan sikap anak. Ibu ayah dah beri dan buat macam-macam, tapi kenapa anak masih nak marah? Anak kecil marah dengan menunjukkan ketidakpuasan, tantrum. Bila dah besar pula, anak cenderung menunjukkan marah itu dengan melawan cakap, dan membuat apa yang ibu ayah tidak suka. Seolah berdendam dan cuba menafikan yang mereka sayang ibu ayah pula, nau'zubillah. 😢
Ibu-ibu, ayah-ayah.
Pernah dengar tak, "What we give,we get back? "
Sebenarnya, anak-anak belajar melalui orang dewasa terutamanya ibu dan ayah. Ia bermula dari seawal usia si kecil. Jika ibu ayah selalu marahkan anak, atas perkara-perkara kecil, kita bimbang bila mereka dah besar mereka mungkin tak akan maafkan kita atas kesilapan kecil ibu ayah. Malah secara tak sedar, meniru sikap yang sama dari ibu ayah. 😖
Bagaimana nak anak sayang banget kat kita, sampai mereka besar ya?😍😘
Sebenarnya anak-anak kecil lagi, dan tidak tahu bagaimana sikap mereka setelah dewasa. Kita sebagai ibu ayah hanya mampu terus berusaha, berdoa dan tawakal kepadaNya. Perkongsian di sini hanya berdasarkan pemerhatian, pengalaman kita sendiri sebagai anak yang ingin sangat 'break the circle', juga melalui seminar dan pembacaan ilmu keibubapaan terutamanya melalui perkongsian dari Seminar Eh Sabar oleh seorang Pychotherapist Councelor, Puan Maznah Ibrahim. Ringkasnya,
-------------------------------------------
TIPS ANAK SAYANG IBU AYAH
-------------------------------------------
1. JAGA 'MEMORI' HUBUNGAN ANAK DAN IBU BAPA
Pastikan anak hanya menyimpan memori yang baik-baik antara ibu ayah dan anak. Ibu ayah tidak terlalu kerap marah anak yang masih kecil.
2. JAGA 'KEPERCAYAAN ANAK' SEMASA TEMPOH 'GOLDEN AGE
(0 HINGGA 2 TAHUN)
Usia bayi pada 0 hingga 2 tahun sangat penting kerana pada waktu ini otaknya sedang berkembang pesat. Mereka perlu segera ditunaikan keperluan asasnya. Menurut kajian, ianya sangat memberi kesan kepada tingkahlaku ketika kanak-kanak dan dewasa. Tidaklah ibu ayah nanti din omongkan anak yang sayang kepada kita tetapi terlalu 'agresif'' sehingga kita menjadi keliru menghadapinya.
3. SABAR MENGHADAPI KERENAH ANAK SEMASA KECIL
Supaya mereka ingat yang mereka punya ibu ayah yang penyabar dan tidak marah-marah. Maka mereka menjadikan ibu ayah sebagai idola untuk dicontohi terutamanya ketika menghadapi situasi 'tegang'. Mereka mengikut cara orang dewasa yang hampir dengan mereka. Jika kita ingin mereka tenang, justeru kitalah yang perlu tenang dulu
💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓
"Kepercayaan yang ditanam semasa awal bayi membentuk rasa yakin anak semasa tumbesarannya. Anak kembali kepada sumber asal sokongannya iaitu ibubapa pabila mereka remaja kelak, walau rakan sebaya (‘peers’) adalah agen penting perhubungan mereka. Bina asas yang kukuh untuk anak dari awal lagi." - Kongsi Puan Maznah Ibrahim, (Petikan dari ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi)
💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓
Baik, ebook di bawah inilah yang ingin di kongsi bersama ibu-ibu ayah-ayah dalam mendalami beberapa perkara secara praktikal supaya anak-anak sayang ibu ayah dengan baik sehingga mereka besar, dalam menuju keluarga yang bahagia 😍
Ketahui 5 SEBAB BESAR anda MARAH dan kenapa ANDA mestiHENTIKAN kebiasaan ini SEKARANG juga
Pandangan dari kaunselor yang punya 10 tahun pengalaman hands on bersama-sama klien kanak-kanak dan ibubapanya.
No comments:
Post a Comment