.
Bayi dari alam rahim sudah mula mendengar!
.Malah saintis menemukan, bunyi yang didengari ibu hamil juga dapat didengar oleh bayi dalam kandungan. Fetus boleh bertindak balas dengan apa yang didengarinya. Kajian 'Does Music Affect A Fetus' menunjukkan bayi dalam kandungan bukan sahaja boleh senyum, malah ada yang menunjukkan mimik muka suka atau tidak ketika mendengar muzik!. Ada yang tenang, dan ada yang seolah sedang tidak selesa dan ingin menangis.
Perkembangan pendengaran bayi di alam rahim
Makanya, apabila ditanya apakah permainan yang sesuai untuk bayi bermula 1 hari, maka ummi akan mencadangkan 'permainan' jenis bunyi. Sudah tentu kita mahukan anak syurga mendengar yang baik-baik kan?
Ibu-ibu boleh mencari radio yang mempunyai kad memori. Download surah-surah dan alunan zikir. Radio boleh di pasang ketika bayi sedang tidur. Tahukah kita, banyak kelebihannya selain anak lebih tenang :)
Bagi ibu-ibu yang lebih senang memilih alunan surah yang bayi boleh pegang, ummi cadangkan 'radio Quran' yang mesra bayi dan popular antara kalangan ibu muslim di Malaysia ni,
iaitu Apple Learning Quran :)
Kredit kepada Baby Adam, Anak Puan Azrien dan Anak Puan Hazwani :)
No comments:
Post a Comment